Friday, October 24, 2014

Capsicum merah meriah berbuah




Semenjak dua menjak ni agak sibuk sedikit, kadang-kadang tak sempat siram pokok pada waktu pagi. hari ni menyempatkan diri membelek-belek pokok capsicum merah..wow! terkejut juga ada banyak buah capsicum..hooray! happy yang amat sangat. pokok ni tak lah tinggi, lebih kurang 2 kaki sahaja, tanam dalam pasu 12 inci, digandingkan dengan italian basil dan sweet basil yang menjadi campanion plant bagi pokok cili/lada, agar serangga perosak dapat dielakkan. 

1 pokok capsicum ni ada 14 biji buah yang sedang membesar, nampaknya kena buat pancang lah , takut nanti pokok tak tahan berat, ye lah..pokok pun kecil sahaja.



No comments:

Post a Comment