Tuesday, June 24, 2014

Biji benih Broad leaf sage Herb


Broad leaf sage



Sage adalah sejenis tanaman herba yang sering digunakan dalam masakan Eropah untuk masakan daging, ayam mahupun makanan laut. Juga salah satu bahan yang ditambah dalam cotage cheese. 
yummy..



Di Yunani, Sage ditambah dalam teh untuk minuman yang dipanggil "sage Tea". Bolehlah tanam sage dan buat sendiri sage tea, ia sangat baik untuk melegakan selesema, sakit tekak, demam dan mengurangkan Stress..tu yang best tu hehe

Herba ini sangat mudah ditanam dan sesuai hidup dengan iklim di Malaysia. Cara saya menyemai sage adalah seperti berikut
1. sediakan medium semaian (saya menggunakan peat moss)
2. siram medium semaian sehingga lembap
3. letak benih sage dan tutup sedikit
pastikan medium sentiasa lembap untuk membuat benih bercamba, setelah benih bercambah, tidak perlu terlalu menyiram, cukup sekali dalam sehari atau apabila kering kerana sage tidak suka akarnya terlalu basah. Boleh pindahkan anak pokok sage setelah mempunyai 2 set daun sebenar

Gunakan tanah yang bersaliran baik, yang tidak menakung air. Yay! sage dah berjaya ditanam..seronok sangat ada pokok sage sendiri

Garderner yang ingin menanam sage dan tidak tahu dimana nak dapatkan benih sage, saya ada jual benih jenis Broad leaf sage dengan harga RM2.00 sepeket ( lebih kurang 10 biji benih)
sila tinggalkan pesanan disini atau whatsapp/sms 016-8312376

Selamat menabur dan menuai :)

7 comments: