Friday, June 13, 2014

Yay! Benih-benih dah bercambah

Benih tomato yang disemai cepat bercambah, inilah satu sebab kenapa saya suka tanam tomato selain daripada sedap dimakan....juga seronok menanamnya :)

Benih bunga matahari yang disemai dalam kulit telur sangat subur, adakah mungkin kulit telur tu mempengaruhi? 

Bawang pun saya tanam, untuk tuai daunya, sedap campur dalam sup. tak tau lah betul ke tak cara saya tanam tu? atau perlu kuburkan bawang tu hingga tak nampak?

Yang berdaun besar dan subur tu orang kata "ginseng local', ada yang panggil akar Som..tak tau lah tapi yang penting sedap buat sayur, daunya lebut ..memang sedap lah, ada beberapa pokok yang dah besar. yang ni tanam dari keratan sahaja..sangat mudah tumbuh dan senang nak jaga, tak cerewet pokok ni

Macam-macam ada, tak ketinggalan ros jepun di belakang tu

Wow! semua benih bunga matahari yang disemai tumbuh dengan jayanya..takde satu pun yang tak tumbuh

Cili padi Kampung! sangat sedap sili ni, ada aroma yang menarik dan pedas, saya paling suka cili ni untuk rasa pedas dan aromanya. Bertumbuh dengan baik nampaknya

Pertama kali cuba tanam kacang bendi, sangat terkejut sebab tak sangka 2 hari sahaja benih dah bercambah dan cepat pula membesar..alamak nak kena pindah tempat dah

Ok, selain sayuran, memang suka tanam bunga juga, ni bunga Zinnia pola bear yang baru bercambah..cute kan

Banyak sekali benih sedang bercambah..dah ketagih menyemai sebab ketagih tengok benih bercambah..ni penyakit baru "ketagih menyemai"

Tanam sayur Pak Choi dalam benda ni, nak buang tapi tengok boleh isi tanah, tak jadi buang..so tanam sayur, berguna juga dan tak bazir beli pasu

Ada kah yang tak tau ni sayur apa? ini lah sayur kangkung yang femes tu..baru bercambah 2 pokok, yang lain akan menyusul kot

Goji berry juga sedang bertumbuh..yess!

Ni satu-satunya benih Sage yang berjaya bercambah dalam banyak-banyak benih yang saya semai..sayang pokok ni, takut dia mati sebab satu je

Ok ni Zinnia purple Prince...tak sabarlah nak tunggu mereka ni berbunga

Tomato yang dah agak besar sedikit, dah boleh tanam kat tanah atau pasu besar

Dan...ni dia eksperimen saya selanjutnya...pertama kali juga tanam carrot, excited gile sebab tak pernah tanam dan saya sangat suka makan carrot..harap bukan setakat tumbuh macam ni je ye..tolonglah hasilkan isi yang besar dan sihat hehehe

1 comment:

  1. Semai dlm cwn polistren, cwn tu perlu ditebuk ke bhgn bwh cawan?

    ReplyDelete